Want your
own Fotopage?






 
Cuti-cuti Malaysia! Semuanya ada...

By: Mohd Zulkifli Husain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Friday, 23-Feb-2007 14:42 Email | Share | | Bookmark
Kuala Terengganu, Terengganu

Bangunan baru Pasar Payang dalam pembinaan
Pelbagai jenis barangan kraf
Keropok keping juga ada pelbagai pilihan
View all 12 photos...
Terengganu merupakan antara destinasi pelancongan yang berbaloi untuk dilawati. Banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi terutama di bandarnya, Kuala Terengganu (KT). Di sekitar bandar KT, anda boleh berkunjung ke Pasar Kedai Payang yang menjual pelbagai barangan yang serba lengkap - daripada sayur, ikan, cenderamata, pakaian, songket, tembaga dan sebagainya.

Sepanjang pengalaman saya mengunjungi bandar-bandar utama di negara kita, Pasar Kedai Payang merupakan pilihan yang terbaik untuk membeli barangan merupakan cenderamata ataupun barangan kraftangan. Semua barang cenderamata ada dijual di sini. Anda mungkin rambang mata untuk membeli pelbagai pilihan barangan seperti songket, batik, kain sutera, tembaga, keropok, hiasan, - dan semuanya dengan harga yang berpatutan. Namun, apabila membeli di sini, anda hendaklah pandai tawar-menawar. Contohnya sehelai songket berharga RM950 (jangan terkejut dengan harga yang diletakkan) mungkin dapat ditawar sehingga RM700, bergantung kepada kepandaian anda dan sememangnya songket di sini merupakan yang terbaik.

Selain Pasar Payang, di sekitar pasar ada tempat untuk anda berehat di Dataran Syahbandar. Dataran yang baru siap dibina ini merupakan antara tumpuan orang ramai untuk bersantai. Di sekitar dataran ini, anda boleh berkunjung untuk melihat keindahan senibina Masjid Zainal Abidin atau dikenali sebagai Masjid Putih di kalangan penduduk tempatan.

Pantai Batu Buruk merupakan lokasi pantai utama yang menjadi tumpuan orang ramai. Terletak lebih kurang 3 km dari pusat bandar, Batu Buruk menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung di samping pelbagai pilihan makanan. Masjid Terapung atau Masjid Tengku Intan Zaharah juga tidak harus dilupakan apabila anda berkunjung ke Kuala Terengganu. Kerepok lekor merupakan makanan wajib anda perlu makan apabila datang ke sini. Keropok lekor yang terbaik boleh dibeli di Pasar Payang, Seberang Takir ataupun di Losong. Namun bagi penduduk tempatan, keropok lekor yang dijual di Losong bukan lagi menjadi pilihan utama disebabkan kegiatannya yang agak komersil sehingga menjejaskan rasa keropok lekor yang asli itu.

Berhampiran keropok Losong, anda boleh berkunjung ke Muzium Terengganu yang merupakan muzium terbesar di Malaysia. Terletak lebih kurang 4-5 km dari pusat bandar, banyak yang boleh anda nikmati di sini. Selain daripada koleksi barangan lama, muzium ini menjanjikan keindahan panorama kepada pengunjungnya.

Bagaimana untuk ke Kuala Terengganu
Jika anda berkereta dari KL, perjalanan mengambil masa 5-7 jam. Dari tol Gombak (RM5) dan Bentong (RM3) anda boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan keluar di exit Kuantan (LPT setakat Kuantan sahaja) dengan tol RM19.60. Dari exit Kuantan, anda boleh menggunakan laluan alternatif ke Bukit Sagu/Felda Neram dan anda akan keluar di Bandar Cheneh. Ia dapat menjimatkan masa pemanduan anda. Ataupun boleh menggunakan laluan pantai.

Wow , Terpegun ! Like want to visit KT Sun 26-Feb-2012 13:29
Posted by:Azura2000
terengganu mmg best..dtg lah sokmo..kitew cakap ganu samew.. rakyat ganu mmg comel,baik..rugi kalu x mari..ad byk ngat pusat-pusat pelancungan kat ni..

TERENGGANU DARUL IMAN
ALL THE BEST
Wed 25-Apr-2012 03:18
Posted by:nurul fatihah
wah best nye saya akan ke teganu bulan 9 yehhhhhh
Sun 27-May-2012 08:49
Posted by:auni nadzirah bte omar ali
View all 19 comments Add comment


Tuesday, 14-Nov-2006 09:41 Email | Share | | Bookmark
KOTA KINABALU, SABAH

Baracuda sebagai mercu tanda KK
Orang Bajau digerai makan di belakang Pasar Filipina.
Siput2 ada dijual di pasar dgn harga RM10 tapi boleh tawar lagi.
View all 12 photos...
Bandaraya Kota Kinabalu merupakan antara bandaraya yang cantik pemandangannya. Bagi yang kali pertama datang ke KK, pastinya setuju dan kagum dengan keindahan alam semulajadinya. Namun, bandaraya ini agak kotor dengan sampah sarap manusia dan keadaan penjaja jalanan daripada golongan pendatang Filipina yang tidak diuruskan dengan efektif yang secara tidaklangsungnya menjejaskan pandangan mata pelancong.

Penerbangan daripada KLIA ke KK mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 min. Anda dinasihatkan supaya menempah bilik hotel terlebih dahulu sebelum ke KK kerana kesukaran mendapat bilik hotel di sini. Banyak kali saya terpaksa mengangkut beg pakaian (dan kotak2) dari satu hotel ke hotel lain disebabkan oleh perubahan jadual pada saat akhir dan tidak membuat tempahan bilik terlebih dahulu.

Apa yang menarik di bandaraya KK?
Apa yang menarik sebenarnya bergantung kepada minat anda sendiri. Jika anda berminat untuk berkunjung ke pulau-pulau berhampiran, anda boleh ke Jesselton Point yang terletak di beberapa ratus meter sahaja dari pusat bandar dan boleh pilih mana-mana pulau dalam gugusan Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) ataupun ke Labuan. Tambang ke setiap pulau adalah dalam lingkungan RM30 pergibalik dan RM35 sehala untuk ke Labuan. Perjalanan bot/feri ke Labuan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari sini dan bot bertolak pada jam 8 pagi dan 1 tengahari, sementara perjalanan bot ke TTAR pula lebih kurang 15 - 30 minit.

Pasar Filipina merupakan tempat yang wajib anda lawati jika ke KK. Ia terletak bersentangan dengan Hotel Le Meridian. Di sinilah dijual segala bentuk cenderamata terutamanya mutiara dan barangan kraf. Anda perlu menawarkan harga setiap barang di sini. Jika anda ingin membeli mutiara, ada 2 jenis mutiara iaitu mutiara air tawar dan mutiara air masin. Mutiara air masin adalah yang berbentuk bulat (betul-betul bulat) dan harganya mencecah beratus-ratus ringgit. Mutiara air tawar ada banyak dijual dan biasanya juga dipanggil mutiara jagung. Bentuknya tidaklah begitu bulat dan seperti biji jagung. Harga lebih murah bergantung kepada jenis kraf yang anda beli. Untuk makluman anda, pada sebelah petang hingga ke malam, ada pasar malam setiap malam di hadapan Pasar Filipina ini dan harga jauh lebih murah. Kepandaian anda untuk tawar menawarkan diperlu di sini jika anda inginkan harga yang murah.

Di belakang Pasar Filipina ini terdapat pasar basah yang menjual sayur dan ikan selain daripada siput-siput laut pada setiap petang. Berhampiran pasar ini ada tempat makan yang disediakan oleh orang Bajau. Jika anda tidak kisah, anda boleh mencuba masakan seperti ikan bakar, sotong, rumpai laut dan ulam-ulaman di sini dengan harga yang sangat murah. Seekor ikan merah bakar dijual harga RM6 - RM8 bergantung kepada saiz dan juga anda boleh mencuba sejenis rumpai laut hidup yang dimakan dengan nasi. Anda banyak gerai yang boleh anda pilih dan makanannya segar.


Hi... saya menawarkan perkhidmatan sewa kereta di kota kinabalu.. harga amat berpatutan..penghantaran ke airport dan hotel area kota kinabalu adalah percuma.. boleh hubungi saya di no 0138999242 brandon.. website www.kkrentacar.com Ambil 3 hari dan keatas RM100 sehari (24jam) kereta , saga blm auto, myvi 1.3auto saga flx auto Sun 19-Feb-2012 17:00
Posted by:Brandon KK Car Rental Kota Kinab
as salam..bulan 8 nie sia balik sabah..mo tanya sama kamu org,ada x homestay kat kk??harga berapa?then sewa van or avanza sewa berapa..sapa2 tau harga chalet atau rumah tumpangan di ranau??urgent..need ur suggestion n helping..will be stay at kk arounds 3days.. Sun 1-Apr-2012 12:05
Posted by:ady peranak bongawan
saya balik sabah dlm 6 org..please call me..0174097646..ady
Sun 1-Apr-2012 12:07
Posted by:ady peranak bongawan
View all 65 comments Add comment


Monday, 13-Nov-2006 01:49 Email | Share | | Bookmark
PULAU MANUKAN, SABAH

Jeti di Pulau Manukan. Lihat saja airnya sangat jernih!
Pintu masuk ke pulau. Kena bayar lagi RM3 di sini.
Pantainya putih dan bersih.
View all 12 photos...
Pulau Manukan terletak dalam gugusan Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) di Kota Kinabalu. Pulau kedua terbesar selepas Pulau Gaya ini berbentuk boomerang, antara tempat yang menarik untuk anda lawati ketika berkunjung ke Kota Kinabalu. Ia adalah antara pulau yang paling dekat dengan bandaraya KK dan anda boleh membuat lawatan sehari sahaja.

Untuk ke gugusan pulau di TTAR, anda perlu ke jeti Jesselton Point di bandaraya Kota Kinabalu. Anda boleh memilih mana-mana lima pulau yang ingin anda lawati di jeti ini. Perjalanan bot dari jeti Jesselton Point ke Pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 20 min dengan tambang lebih kurang RM30 pergibalik. Perjalanan ke pulau-pulau dari Jesselton Point ini akan dibuat selepas mencukupi sekurang-kurangnya 8 penumpang. Jadi, anda perlu menunggu sehingga bilangan penumpang untuk ke mana-mana pulau cukup.

Pulau Manukan menyediakan kemudahan resort iaitu Manukan Island Resort yang diuruskan oleh Sutera Harbour Resort. Ia menawarkan penginapan chalet single storey dan double storey dari harga RM230 semalaman.

Pulau Manukan mempunyai persekitaran yang cantik serta airnya yang sangat jernih. Aktiviti snorkling boleh dilakukan di sini tidak berapa jauh dari kawasan jeti. Anda perlu lagi membayar tambahan RM3 untuk masuk ke pulau ini. Walaupun sebahagian besar pulau ini agak berbatu namun masih ada kawasan untuk aktiviti pantai dan juga untuk berenang. Selain itu, anda boleh melakukan aktiviti trekking melihat pemandangan alam sekitar sehingga ke kawasan puncak bukit di mana laluan trek memang siap dibina sejauh hampir 2 kilometer.

saya perlukan trvel agency bg lawatan tempat menarik di sabah.
Thu 14-Jul-2011 13:23
Posted by:masniza ramli
bolee ta na survey p sini ? Fri 18-Nov-2011 12:30
Posted by:suhaida
Saya ingin bercuti di Pulau Manukan tetapi saya tidak tahu bagaimana cara nak booking chalet disana dan berapa kos utk percutian selama 5 hr 4 mlm... Thu 23-Feb-2012 05:11
Posted by:Helina Rinder
View all 15 comments Add comment


Sunday, 12-Nov-2006 04:31 Email | Share | | Bookmark
PULAU GAYA, SABAH

Rumah penduduk tempatan di Pulau Gaya
Sekolah juga di bina di atas air
Pemandangan sekitar pulau
View all 9 photos...
Pulau Gaya adalah pulau terbesar dalam lingkungan Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) yang meliputi lima pulau di sekitar 3 - 8 km dari Kota Kinabalu, Sabah. Selain Pulau Gaya, terdapat empat lagi pulau lain yang dikategorikan dalam TTAR iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Gaya dalam bahasa Bajau adalah 'gayo' bermaksud besar.

Pulau Gaya banyak dihuni oleh orang Bajau di mana kebanyakan rumah mereka adalah terletak atas air. Untuk ke Pulau Gaya, anda boleh mendapatkan perkhidmatan penduduk tempatan yang selalu berulang-alik dari KK ke Pulau Gaya. Bot-bot kecil penduduk tempatan (yang kebanyakannya adalah orang Bajau) banyak beroperasi di tebing perairan berhampiran kompleks membeli-belah dengan kadar tambang RM1.50 sehala. Jika anda melawat perkampungan di sini, anda dinasihati berhati-hati dengan penduduk pulau tersebut yang terdiri daripada orang Bajau dan juga pendatang Filipina.

Gayana Island EcoResort merupakan menginapan yang paling popular di sini. Dengan kadar penginapan RM320 ke atas semalaman, anda boleh menikmati percutian resort di atas air di samping menjalankan aktiviti seperti berenang dan snorkling.

wah. bestnya. nak tanya, btulkan tambang pergi pulau gaya rm1.50 sehala. mcm xpercaya. bukan jauh ke?
sy ade plan nk g pulau gaya may depan. da book tiket sume. cuma nak cri hotel atau resort yg murah dan dekat dgn pulau gaya ni. kebanyakkan mahal la. klo boleh nk cari below rm150. ada ke? for single.
Sun 24-Oct-2010 06:41
Posted by:mawar
Sat 6-Aug-2011 09:50
Posted by:qurqur
bestnya kalau kamek dpt prgi nya Sat 6-Aug-2011 09:51
Posted by:qurqur
Add comment


Saturday, 11-Nov-2006 03:56 Email | Share | | Bookmark
SEMPORNA, SABAH

Dragon Inn Water Village di pekan Semporna
Pintu Gerbang Taman Marin Tun Sakaran
Perahu orang Bajau
View all 12 photos...
Pekan Semporna terletak bahagian timur Sabah, kira-kira 100 km dari Tawau Airport dengan kos teksi RM90 dari Tawau Airport. Anda juga boleh mengambil bas dari bandar Tawau dengan kos RM8 seorang. Semporna dikenali sebagai pintu masuk atau gerbang terutamanya ke Pulau Sipadan dan Pulau Mabul dan juga ke Taman Marin Tun Sakaran(TMTS) yang diwartakan pada tahun 2004. TMTS meliputi lebih kurang 32,452 hektar termasuk 8 buah pulau di bahagian Semporna. Dalam warta kerajaan Sabah, TMTS meliputi satu kawasan lebih kurang 35,000 hektar terletak dalam kawasan Teluk Darvel, Laut Celebes termasuk Pulau Bodgaya, Pulau Boheydulang, Pulau Tetagan, Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan, Pulau Maiga, Pulau Selakan dan Pulau Sebangkat bersama-sama dengan terumbu karang yang mengelilingi pulau-pulau tersebut dan kawasan yang berdekatan.

Penduduk tempatan kebanyakannya terdiri daripada orang Bajau dan pendatang Filipina. Pendatang Filipina biasanya mendiami perahu/bot yang dijadikan sebagai rumah mereka. Sementara orang Bajau tinggal di pulau-pulau berhampiran. Pulau Bum-bum yang terletak berhampiran pekan Semporna merupakan pulau terbesar yang didiami oleh orang Bajau. Pekan ini agak kecil namun tidaklah begitu ketinggalan. Kemudahan pasaraya serta restoran ada di mana-mana di pekan ini. Jika anda ke rostoran, salah satu hidangan istimewa ialah payau atau daging rusa selain daripada kerapu hidup. Ada juga restoran yang menawarkan lobster hidup kepada anda dengan harga yang murah.

Dragon Inn merupakan tempat penginapan atas air yang harus anda cuba apabila berkunjung ke sini. Dengan harga RM88 semalaman untuk bilik standard, anda akan dapat mengalami pengalaman yang menarik. Banyak travel agensi untuk ke Pulau Sipadan atau Mabul beroperasi di sini.

great... wanted to know where is Pulau Bum Bum? Fri 29-Feb-2008 10:23
Posted by:cherry
gambar ikan di KK bukannya baracuda tapi mersuji. HarapMaklum
(Mersuji merupakan sejenis marlin, ianya boleh mencapai berat sehingga 200kg, sementara baracuda ialah ikan kacang/titir
Tue 17-Nov-2009 08:49
Posted by:asri
En. Asri, terima kasih atas pembetulan tersebut. Thu 14-Jan-2010 03:23
Posted by:Zulhusain
View all 6 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com