Want your
own Fotopage?








 
Cuti-cuti Malaysia! Semuanya ada...

By: Mohd Zulkifli Husain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 22-Jun-2006 07:41 Email | Share | Bookmark
PANTAI PENYABUNG & TG RESANG, MERSING

 
 
 
MERSING adalah satu daerah di Johor yang sangat cantik dengan keunikan pantainya. Kesempatan bercuti di Mersing Mei lalu memberi satu persepsi baru kepada saya mengenai Mersing. Pantai Penyabung, Tg Resang, Pasir Lanun dan Teluk Gorek antara lokasi pantai yang tidak boleh dilepaskan apabila anda berkunjung ke Mersing. Anda pasti akan berkata WOW! apabila sampai dan melihat keindahan pantai-pantainya yang tidak tercemar. Dengan kos penginapan kurang daripada RM50 semalaman, banyak chalet boleh didapati di kawasan berkenaan. Contohnya Sari Mawar Chalet (tel: 07-7944399) di Tg. Resang yang kami menginap menawarkan harga serendah RM45 semalaman bagi satu chalet.

Tg Resang terletak lebih kurang 30 km dari bandar Mersing menuju ke Endau dan di tengah-tengah antara Pantai Penyabung, Pasir Lanun dan Teluk Gorek. Setiap destinasi pantai tersebut hanya terletak lebih kurang 5 minit jika anda berkereta dari Tg Resang. Jadi, tidak kira di mana anda menginap sama ada di Pasir Lanun, Penyabung atau Teluk Gorek ia adalah tempat yang sama dituju. Namun, Pantai Penyabung mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana ia adalah sebuah pekan yang menyediakan kemudahan banyak kedai makan yang menawarkan harga yang tersangat murah (anda mungkin seperti tidak percaya dengan harganya!) dan segar. Terdapat juga beberapa kedai runcit. Penyabung adalah tempat makan utama jika anda berkunjung ke kawasan ini. Jadi jika anda menginap di Tg Resang, Pasir Lanun ataupun Teluk Gorek, tempat makan yang anda kena tuju ialah di Penyabung. Jika anda ke pantai Penyabung juga, jangan lupa menikmati keenakan pau Penyabung di simpang tiga ke situ yang harganya cuma 40 sen sebiji.

Gambar-gambar di atas adalah pemandangan sekitar Sari Mawar Chalet, Tg Resang.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net