Want your
own Fotopage?








 
Cuti-cuti Malaysia! Semuanya ada...

By: Mohd Zulkifli Husain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-Jun-2006 02:06 Email | Share | Bookmark
ASTAKA SENIBINA ISLAM, TAMAN BOTANI, PUTRAJAYA

 
 
 
 
 
 
ASTAKA SENIBINA ISLAM ini terletak di tengah-tengah kehijaun alam di Taman Botani, Putrajaya. Ia adalah tarikan terbaru yang terdapat di Putrajaya yang saya rasa banyak orang tidak mengetahui tentang 'mahligai' yang dibina di Putrajaya ini.

Mengikut maklumat daripada pegawai Taman Botani yang mengiringi lawatan saya tempohari (ia adalah lawatan rasmi), Astaka Senibina Islam ini dibuka pada Oktober 2003 sempena persidangan OIC membabitkan kos pembinaan lebih kurang RM150 juta dan Astaka ini berkonsepkan senibina Islam dari negara Morocco (Mahgribi). Ia adalah idea Tun Dr Mahathir yang begitu kagum dengan senibinia Morocco selepas beliau melawat negara berkenaan suatu ketika dulu. Pembinaan Astaka ini mengambil masa 18 bulan dan hampir kesemua bahan binaan dan arkitek diimport dari Morocco. Astaka ini mengikut teorinya adalah berkonsepkan 'syurga' di mana terdapat sungai-sungai kecil mengalir di dalamnya di kelilingi oleh pohon-pohon tamar (kurma).

Bayaran masuk RM3 dikenakan untuk mengunjungi Astaka ini dan tambahan RM5 bagi kamera. Bagi yang suka mengambil gambar, Ia adalah tempat yang perlu anda lawati jika berkunjung ke Putrajaya. Selain daripada Astaka ini, anda juga dapat menikmati keunikan tumbuhan dan bunga yang terdapat di dalam Taman Botani itu sendiri. Kemasukan ke Taman adalah percuma dan banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Apa yang pasti, apabila memasuki saja Astaka ini, anda pasti kagum dan terpegun dengan keindahan senibinanya.

Gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada keindahan senibina di Astaka Senibina Islam Taman Botani Putrajaya.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net