Want your
own Fotopage?






 
Cuti-cuti Malaysia! Semuanya ada...

By: Mohd Zulkifli Husain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 26-Jun-2006 02:25 Email | Share | Bookmark
GUA NIAH, SARAWAK

Selamat datang ke Gua Niah. Pintu masuk Taman Negara Niah
'Scene' yang selalu kita nampak apabila tengok gambar Gua Niah
Antara view menarik di pintu gua. Ia adalah sebuah tempat rehat.
Penduduk tempatan menjual cenderamata
Antara spesis cendawan di sepanjang laluan jalan kaki
Scene menarik jugak ni. Ini pintu masuk ke gua lain di situ
Gua Niah di Sarawak adalah gua terbesar di Malaysia dan antara gua batu kapur terbesar di dunia. Terletak lebih kurang 110 km dari Bandaraya Miri (atau lebih kurang 2 jam memandu), Gua Niah menjanjikan keindahan hutan hujan tropika yang tidak tercemar kepada pengujung. Gua Niah diwartakan menjadi Taman Negara Niah pada tahun 1974 membabitkan kawasan hutan hujan tropika dan bukit batu kapur yang membentuk gua seluas 3,100 hektar. Penemuan rangka manusia (homo sapien) dipercayai berumur 40,000 tahun di kawasan pintu Gua Niah pada 1957 dan penemuan lukisan purba di Gua Kain Hitam membolehkan ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Negara pada 1958.

Kesempatan bertugas di Sarawak memberi peluang kepada saya mengunjungi Gua Niah. Untuk sampai ke Gua Niah tidaklah begitu mencabar kerana jambatan/pelantar kayu dibina sejauh 5 km sebagai laluan pejalan kaki kepada pengunjung. Namun keadaan yang teramat gelap gelita apabila sampai ke dalam gua memerlukan anda berwaspada dengan setiap langkah. Anda mungkin terjatuh disebabkan laluan yang licin dan teraba-raba dalam kegelapan. Perjalanan 10 km pergi balik untuk sampai ke Gua Niah daripada pintu masuk Taman Negara Niah juga memerlukan stamina. Bayaran RM10 dikenakan kepada setiap pengunjung untuk memasuki kompleks Taman negara Niah ini.

Selain Gua Niah, terdapat juga gua-gua lain dalam kompleks Taman Negara Niah iaitu Lobang Angus, Lobang Tulang, Gan Kira dan Kain Hitam. Beberapa penduduk tempatan suku Iban menjalankan perniagaan menjual cenderamata dan minuman selain aktiviti mencari sarang burung sepanjang laluan ke Gua Niah.

cantik gua niah ek.. Mon 26-Jun-2006 03:47
Posted by:napie_mm  - [Link]
menarik..mcm nak pi pun ader.. Thu 31-Jul-2008 11:34
Posted by:lavender
bnyk kngan kmk ngan gua towk eh!!!! rasa rindu alu2
Sat 25-Jul-2009 04:59
Posted by:x_cayakah
beatiful Wed 19-Aug-2009 14:09
Posted by:stanley ng
Wed 19-Aug-2009 14:10
Posted by:stanley ng
Wed 19-Aug-2009 14:12
Posted by:stanley ng
DRGFFFYGRFGB G N .624 Mon 26-Jul-2010 06:20
Posted by:FHGHF
0123456789 Mon 26-Jul-2010 06:21
Posted by:SAWASA
macammana nk pendrive sebab cikgu saya suruh cari Fri 15-Oct-2010 23:46
Posted by:petot
saya x tahu .umur saya 10 thn Fri 15-Oct-2010 23:48
Posted by:ainin sofiyaa
i like gua niah Fri 15-Oct-2010 23:50
Posted by:ainin sofiyaa
x cantik pun......buat bazir masa
Thu 21-Oct-2010 03:27
Posted by:student
javascript:emoticon('') Thu 6-Jan-2011 23:39
Posted by:burn
Thu 6-Jan-2011 23:45
Posted by:burn
Tue 11-Jan-2011 12:35
Posted by:unnamed
Tue 11-Jan-2011 12:36
Posted by:unnamed
Tue 11-Jan-2011 12:39
Posted by:unnamed
Tue 11-Jan-2011 12:43
Posted by:unnamed
hebat gila..terharu aku..... Mon 27-Jun-2011 12:45
Posted by:muhd izz
:surprised: 0) :bulb: Mon 27-Jun-2011 12:48
Posted by:muhd izz
ini memang TERBAIKK !!!! Sun 15-Jan-2012 03:20
Posted by:ezarin zulkifli 97


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com