Want your
own Fotopage?






 
Cuti-cuti Malaysia! Semuanya ada...

By: Mohd Zulkifli Husain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 14-Nov-2006 09:41 Email | Share | Bookmark
KOTA KINABALU, SABAH

Baracuda sebagai mercu tanda KK
Orang Bajau digerai makan di belakang Pasar Filipina.
Siput2 ada dijual di pasar dgn harga RM10 tapi boleh tawar lagi.
Pemandangan di jeti Jesselton Point
Lagi pemandangan di Jesselton Point
Gerbang di Jesselton Point
Bandaraya KK dari atas bot
Pasar Filipina. Mutiara sebagai cenderamata yang murah...
Barangan kraf lain turut dijual di Pasar Filipina
Pasar basah. Sayur dijual sangat murah, 1 plastik besar RM2 saja
Pemandangan sekitar pasar
Water front dekat dengan pasar juga
Bandaraya Kota Kinabalu merupakan antara bandaraya yang cantik pemandangannya. Bagi yang kali pertama datang ke KK, pastinya setuju dan kagum dengan keindahan alam semulajadinya. Namun, bandaraya ini agak kotor dengan sampah sarap manusia dan keadaan penjaja jalanan daripada golongan pendatang Filipina yang tidak diuruskan dengan efektif yang secara tidaklangsungnya menjejaskan pandangan mata pelancong.

Penerbangan daripada KLIA ke KK mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 min. Anda dinasihatkan supaya menempah bilik hotel terlebih dahulu sebelum ke KK kerana kesukaran mendapat bilik hotel di sini. Banyak kali saya terpaksa mengangkut beg pakaian (dan kotak2) dari satu hotel ke hotel lain disebabkan oleh perubahan jadual pada saat akhir dan tidak membuat tempahan bilik terlebih dahulu.

Apa yang menarik di bandaraya KK?
Apa yang menarik sebenarnya bergantung kepada minat anda sendiri. Jika anda berminat untuk berkunjung ke pulau-pulau berhampiran, anda boleh ke Jesselton Point yang terletak di beberapa ratus meter sahaja dari pusat bandar dan boleh pilih mana-mana pulau dalam gugusan Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) ataupun ke Labuan. Tambang ke setiap pulau adalah dalam lingkungan RM30 pergibalik dan RM35 sehala untuk ke Labuan. Perjalanan bot/feri ke Labuan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari sini dan bot bertolak pada jam 8 pagi dan 1 tengahari, sementara perjalanan bot ke TTAR pula lebih kurang 15 - 30 minit.

Pasar Filipina merupakan tempat yang wajib anda lawati jika ke KK. Ia terletak bersentangan dengan Hotel Le Meridian. Di sinilah dijual segala bentuk cenderamata terutamanya mutiara dan barangan kraf. Anda perlu menawarkan harga setiap barang di sini. Jika anda ingin membeli mutiara, ada 2 jenis mutiara iaitu mutiara air tawar dan mutiara air masin. Mutiara air masin adalah yang berbentuk bulat (betul-betul bulat) dan harganya mencecah beratus-ratus ringgit. Mutiara air tawar ada banyak dijual dan biasanya juga dipanggil mutiara jagung. Bentuknya tidaklah begitu bulat dan seperti biji jagung. Harga lebih murah bergantung kepada jenis kraf yang anda beli. Untuk makluman anda, pada sebelah petang hingga ke malam, ada pasar malam setiap malam di hadapan Pasar Filipina ini dan harga jauh lebih murah. Kepandaian anda untuk tawar menawarkan diperlu di sini jika anda inginkan harga yang murah.

Di belakang Pasar Filipina ini terdapat pasar basah yang menjual sayur dan ikan selain daripada siput-siput laut pada setiap petang. Berhampiran pasar ini ada tempat makan yang disediakan oleh orang Bajau. Jika anda tidak kisah, anda boleh mencuba masakan seperti ikan bakar, sotong, rumpai laut dan ulam-ulaman di sini dengan harga yang sangat murah. Seekor ikan merah bakar dijual harga RM6 - RM8 bergantung kepada saiz dan juga anda boleh mencuba sejenis rumpai laut hidup yang dimakan dengan nasi. Anda banyak gerai yang boleh anda pilih dan makanannya segar.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net